CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, May 23, 2009

Ayahanda dan Bonda


12th June 2007
With the name of Allah,the Most Gracious and the Most Merciful.
Assalamulaikum wbt.

Terlebih dahulu,sepuluh jari kususun dan kupohon jutaan kemaafan buat ayahbonda tercinta dan tersayang.Pada saat ini,terlalu banyak kesalahan anakmu ini sehingga tidak terkira bilangannya.Terasa besarnya dosaku,namun sesungguhnya keikhlasan dariku iaitu bukan niatku jua untuk berbuat demikian.
Ayahanda,di saat aku dilahirkan,laungan iqamat berkumandang di telingaku oleh lunak suara ayahanda.Dari mulaku membuka kelopak mataku melihat dunia ciptaan Allah,dan meniti hari demi hari,lalu aku membesar.Saat terus berlalu,membuai arus,dan kuturuti rentak kehidupan.Mulanya,aku diajar akan kalimah-kalimah suci Allah, Bismillahirahmanirahim..seterusnya,anggotaku kian cerdas memijak bumi,.merangkak,.diikuti dengan ‘jalan tatih’ dan akhirnya sempurna lari dan jalan hidupku.Dikau memimpinku,setiap kali kukecundang.Dikau melindungiku sepanjang kecilku.Betapa besar dan agungnya jasamu,sebagai seorang ketua keluarga,memikul tanggungjawab seorang suami soleh serta ayah mithali.Penat dan lelahmu mencari nafkah buat kami sekeluarga,membanting tulang siang dan malam.Keranamu ayah,daku di sini.Membesar dan mengenali dunia fana’ yang penuh pancaroba.Ya Allah,aku menadah kedua tapak tanganku melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dikurniakan seorang ayah yang begitu sempurna.Semasa kecilku,kanak-kanak ini degil dan nakal.Segala kata-katamu bagaikan mencurahkan air ke daun keladi.Sungguhpun begitu,sering berlegar-legar di benak enigmaku,kenapa diriku ini selalu dimarahi..?ketika itu aku tidak mampu berfikir baik dan buruknya..dan di kala inilah segala persoalan terjawab iaitu segala kerasionalnya dibicarakan semula dalam diriku bersendirian.Ayah,maafkan diriku,kerana kejahilanku yang menguris hatimu sewaktu kecilku dulu,maafkan aku untuk segala yang membuatkan perasaanmu tersinggung.Bukan niatku untuk menyakiti hatimu.Dari hujung rambut kepalaku sehingga hujung jari kakiku,daku memohon berjuta keampunan darimu.Anakmu sentiasa memerlukan tunjuk ajar darimu.Sesungguhnya,yang buruk itu datang dari diriku dan yang baik itu datang dari Allah.S.W.T.Anakmu berjanji akan sentiasa mendoakan dirimu agar sentiasa berada di bawah payung keberkatan Allah.Tika kali mataku bersua dengan mata ayah,tergambar beribu keletihan dan kelesuan.Namun,riakmu masih segar bugar tanpa kenal erti lelah.Kasihmu tercurah tanpa henti walau sezarah.Tanpa jemu,ayah masih gagah mengukir senyuman di kala awan mendung manyapa.Ayahanda,dikaulah penggerak seisi warga sebumbung.Terima kasih ayah.Jasamu kuhargai dan sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalasnya.
Demikianlah,kasih seorang bapa yang tegar dan bersinar.Namun,tidak juga lengkap tanpa pasangnya..Bonda,dikaulah ratu hatiku.
Bonda,9 bulan kudibawa mengikutimu kemana jua bonda melangkah walau di kutub utara mahu pun puncak everest,anakmu ini sentiasa berada dalam kantungmu.Selama 9 bulan kita tidak dipisahkan.Seksanya dirimu menanggung selama itu dengan deria yang lara,cabaran dan dugaan yang datang menyapa,namun diriku dalam dirimu,masih dijaga dan dipelihara.Dunia..tidaklah seburuk mana,namun tidak juga seindah kata.Dunia hanyalah pelabuhan,persinggahan buat kita hamba Allah,untuk mengumpul amalan buat hari Qiamat kelak.Satu hari,hambu-Mu ini pasti akan kembali jua.Sepanjang hidupku ini,aku dijaga dengan penuh kasih dikau curahkan,seperti menatang minyak yang penuh.Bonda,ucapan jutaan terima kasih daku hulurkan padamu kerana melahirkan daku.Dikaulah insan pertama yang aku kenali..mangajar dan mendidikku adalah tugasmu yang dikau ikhtiarkan dengan penuh keikhlasan.Dari kecil hingga kini,dikau menabur ilmu padaku erti kasih,sayang dan cinta kepada-Nya Yang Esa.Bonda,pahit manis kehidupan telah dikau rasai,namun dirimu tidak pernah jemu.Dikau hadiahkan aku sebuah kebahagiaan sehingga kau lontar semua derita.Jauh di sudut hatimu,kuntum senyuman manismu,tak lekang diukir dibibirmu kerana dirimu tahu anaklah penyeri kehidupan.Bonda,kupohonkan restu darimu,agar hidupku ini diberkati-Nya selalu,kerana diriku tahu dan terang-terangan termaktub dalam kitab suci Al-Quran,sesungguhnya syurga itu di bawah tapak kakimu. Ternyata,betapa tingginya darjatmu di sisi Allah.Bonda,maafkan anakmu ini.Kucupanmu menggegarkan fuadku.Harum wangian salammu untukku agar diri ini berjaya kelak.Bonda,tabahnya dirimu mangharungi dunia ini,setabah hati fatimah Azzahara.Ya Allah,Kau tabahkanlah hatiku ini,sebagaimana Kau tabahkan hati ibuku.Kau kasihanlah ibuku,sebagaimana ibuku mengasihaniku sejak aku kecil lagi.Bonda,dikaulah juga penawar apabilaku terlupa dan kaulah permata yang berharga bagi diriku.Kaulah ratu hatiku.Tiada bandingan di antara wanita-wanita lain di dunia ini.Dikaulah segalanya bagiku,membuatkan cintaku padamu sentiasa kukuh dan terpatri di hatiku kerana tiada cinta lain sesuci cinta seorang ibu kepada anaknya.Melalui warkah usang ini,ingin aku titipkan dengan permintaan sejuta kemaafan buatku,kerana sering menyakiti hatimu tanpa aku sedari.Maafkan anakmu ini,kerana lidah ini sering tergigit..mintaku berlebihan dan rajukku berpanjangan.Namun,hakikatnya sekali hatimu terguris,sejuta kali hati ini terhimpit.Dan di saat itu juga aku kembali memuhasabahkan diriku.Aku lalai.Aku lupa.Aku jahil.Ah,betapa lemah dan goyahnya imanku.Ya Allah,bantunilah hamba-Mu ini.Bonda tidak pernah jemu dalam mendidik kesemua anak-anakmu ini,seperti ayahanda juga,dirimu masih kudrat mengukir senyuman.Dirimu yang sentiasa memberi makan,minum dan pakai kami anak-anakmu.. tidak pernah dikau abaikan.Perpisahanku denganmu sehari bagiku ianya bagaikan setahun.Walau sehari tidak melihat wajah tabahmu itu,aku bagaikan kehilangan tanpa arah.Dorongan dan nasihatmu itu pengukuh dan penyokong aku,untuk aku terus bangun walau telah beberapa kali aku jatuh kecundang.Terima kasih bonda..buat semuanya yang telah dikau curahkan.Janjiku,..akan aku sentiasa mendoakan dirimu dan ayahanda agar selalu dirahmati dengan keberkatan Ilahi,dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.InsyaAllah,akanku balas jasa ayahanda dan bonda yang yercinta.


0 comments: