CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, September 15, 2010

Warkah Syawal.

Ramadhan selesai sudah.Alhamdulillah, syukran YaRabb; masih berkesempatan saya menjalaninya walau ada diantara 'hati' saya telah pulang menghadap Ilahi.Aidilfitri tahun ini, genap 84 hari tanpa bonda.Kepulangan saya ke kampung halaman pada syawal 1431H ini adalah yang pertama kali sejak mengiringi bonda pulang Jun lepas.Sepanjang perjalanan pulang, teringat akan pemanduan sepanjang mengiringi bonda.Selalunya bonda ada bersama di dalam kereta memerhati dan menjaga pemanduanku,tapi kini....hanya pesanan bonda terngiang-ngiang.Rindu pada bonda. Setiap hentian sepanjang perjalanan kembali dalam ingatan bersama-sama bonda. Dulu, pernah berhenti di sini makan bersama bonda.Selalunya bonda tak makan, hanya berkongsi dengan anak-anak. Diet katanya. Lucu bonda ni. Menungku panjang melihat tempat-tempat kami pernah bersama.

Selalunya bondalah paling gembira bila pulang ke kampung awal. Saya gembira bila bonda gembira. Kerana bonda dapat berjumpa bondanya juga.Namun,tibanya saya di rumah nenek,beratnya kaki mahu melangkah masuk. Mataku terpaku ke satu tempat dimana bonda dan saya pernah bersama-sama bersihkan halaman rumah nenek.Bonda seorang ibu dan wanita yang kuat, bonda masih gagah membersihkan halaman, tapi saya sudah mengadu keletihan.

Hanya Allah yang tahu perasaan apakah yang tersimpul di hati semasa melangkah masuk ke rumah nenek.Setiap sudut jua terkenang bonda.Ini rumah bonda. Bonda dilahirkan di sini. Bonda membesar di sini.
Langkahku terhenti semasa melalui tempat bonda dimandikan,dikafankan dan disolatkan. Hati yang lemah ini tak dapat menahan.Air mata gugur juga.Masih tiada kudrat untukku melangkah masuk ke tempat-tempat itu.

Hari terakhir Ramadhan tahun ini, kami beramai-ramai menziarah makam bonda.Untuk yang pertama kalinya sejak Jun lalu. Pokok bunga kemboja berbunga merah jambu ditanam buat teduhan bonda.Disisipi bacaan yaasin dan disirami juga air bacaan yaasin.Rindunya pada bonda.Hanya Allah jualah yang tahu perasaanku yang sedang meronta-ronta ketika itu.

Takbir 1 Syawal menusuk kalbu. Tanpa bonda. Dulu, pada salam terakhir solat sunat aidilfitri,akanku melihat raut wajah ceria bonda. Dialah insan pertama untukku meminta ampun maaf di pagi raya.Kini,bonda tiada disisi. Oh Hati,tabahlah!Oh Hati,sabarlah!

Keriangan raya lansung tidak dirasai. Hanya luaran yang pandai berpura-pura.

Syawal 1430H
Syawal 1431H

Mok,saya minta maaf dari hujung kaki ke hujung rambut sekiranya saya ada buat salah.Halalkan makan minum saya mok.I MISS U SO MUCH.