CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, November 21, 2009

Sabar je la..

Peace upon all..

As I fetched Abg Zidni from KLIA,where ayoh decided to test drive his not-oftenly-use Mercedes ; we head on via highway which at first I thought I was going alone ; figuring out the alternative way instead of using highway,but then ayoh wouldn't allowed me to go alone after all.

Ayoh drove up till the pump station near KLIA and then we switched. The car was fine even ayoh 'floor it'!approximately up to 150km/h.yeah!cracking!

On the way back,there was a usual-roadblock by JPJ at the end of the junction from the KLIA.Like last time I drove my Nissan to fetched ayoh (just a couple days ago) the JPJ-guy passed me through but not this time.He asked me to pull over.So I did. He asked for my driving license and I gave him.He looked at it,and set me off.Whaaaatta!??!!That pissed me off!What??You think that a girl like me could not drive a Merc?? HELL-0000~dah merata dah kereta ni aku bawa!balik terengganu-balik KL.Come on la.

HUH.Thank god I had my cool-down medicine back at home.My choc-indulgence cake!.We were celebrating Adik Asri's 9th birthday.(I think this was the first pose he smiled during his birthday).Ashbi and I bought some presents for him as we never missed any each year just for adik.(Aww,,isn't that sweeet..>_<).

and a pose from one of my niece,Aidah.



At night,I watched Transformer 2 again,for the third time.One of my favourite movie after Dark knight.Think of change the 'Eric' name even shorter,maybe 'E'...naa~sounds funny.'Eric' would be fine.I just dunno myself why did 'Eric' was chosen.(hah,it sounds crazy to named a car right??,haha.but,I like it).Well, whatever it is, I love my kelisa a lot! More importantly,love the one who bought it for me!Daaaddddyy!

my Eric.

Thursday, November 12, 2009

Kenangan dan Pengalaman...PLKN

Sedang aku membuat senaman pagi hari ini,tiba-tiba fikiranku kembali mengimbau aktiviti-aktiviti aku di PLKN.Setiap hari yang aku alami disana seperti baru berlaku semalam,masih segar diingatan.Aku rindukan setiap saat indah disana.

Seperti sedia maklum,kerajaan telah melaksanakan satu program khas bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang terpilih,bagi mengikuti Program Latihan Khidmat Negara. Ia merupakan program wajib bagi mereka yang telah terpilih,namun dikecuali kepada sesiapa yang mempunyai sebab yang munasabah.Idea pelaksanaan program ini adalah bagi menyediakan diri golongan muda dalam menghadapai cabaran serta ancaman dari dalam dan luar negara.(info selanjutnya di http://www.parlimen.gov.my/transfer/Ringkasankhidmatnegara.pdf)

Untuk pertama kalinya aku mendengar idea pelaksanaan ini, aku terbayang 'military services' yang dilaksanakan oleh kerajaan korea buat semua remaja lelaki di sana. 'Military service'???Wow.Semestinya memenatkan.Lantas aku berdoa,agar aku bukanlah diantara yang malang itu.

Ketika itu,aku sedang sibuk menyiapkan diri secara mental mahupun fizikal kerana aku bakal bertempur di medan SPM. Sedang dalam kesibukan menelaah dan mengaji, pelajar-pelajar berusia 17 tahun diseluruh Malaysia digemparkan dengan senarai nama-nama yang terpilih bagi mengikuti PLKN ini.Jantungku berdengup laju.Sesuatu yang tidak kena.Sesuatu yang tidak baik.

Ya.Benarlah.Gerak hati aku tidak lagi menafikan bahawa aku adalah salah seorang yang malang itu.Aduh.Terkesima sebentar.Aku cuba untuk tidak memikirkannya,cuba untuk bertenang.Berpuluh ucapan tahniah diajuk oleh rakan-rakan.Aku masih bersabar.

Hari itu tiba.Hari pertama untuk tahun itu.Ribuan remaja berkumpul di Stesen Perhentian Kajang.Ramainya orang,bisik hatiku.Walaupun ekspresi mukaku agak tenang namun gundah di hati hanya Allah yang tahu.Sempat juga aku bertemu dengan sahabat baikku yang juga mengikuti program ini.



Setelah bersalaman dengan ibu,ayah serta keluarga yang turut sama menghantar,aku menetapkan niat dan 'mind setting'.Bas mula menuju ke Batu Jong,Kelantan. Satu perjuangan bermula.











Pangkat: Sarjan (Ketua Kompeni Delta Wirawati)



Ternyata aku silap.Kini,aku memanjatkan setinggi rasa syukur kerana akulah yang 'malang' itu,bertuah memilik segala kenangan dan pengalaman yang tidak dapat ditimba di tempat lain ; tidak dapat dijual beli walau berjuta wang ringgit dilaburkan.

2 bulan 11 hari aku disana.Suka duka bersama sahabat baru dari pelbagai latar. Berbagai-bagai ilmu baru pelajari disana.Pengalaman ditimba.Setiap kenangan tersemat dihati.Semoga sahabat-sahabat yang lain juga menggenggam semangat dan menyemat setiap kenangan kita bersama-sama.

YO KEMAH!DELTA!

Don't go to that restaurant!

Peace upon all..

Berjalan2 ke Sunway hari ni bersama dengan kawan2 asasi.Hajat sebenar adalah semata2 tuk berjalan2 tgk sunway.Dulu pernah pergi tapi kejap je.Mereka2 ni,Tikun,Hanisah,Ku,Fiza,Saba,and Wawa ; diorang nak skating kat sana.Meanwhile,aku tak berniat pon nk bermain2 atas ice ni.(p/s..sebenarnya takde duit nak main,mampu tengok je..hahaha..=p).So,mereka bermain dengan gembiranya.Ade yang jatuh2 tergolek,terlentang la..Upps,sape tu ye??hihi.



Menjadi kebiasaan la utk makan setiap kali keluar2 mcm ni.So, sebulat suara memilih P**** H**.Well,dah lame juge tak makan makanan ni,so why not.

Selesai pilih2 makanan,aku terbau something yang sgt nasty around tempat duduk kitorang.Serious rase nak muntah.Macam bau muntah orang/baby or ape2 je yg sgt tidak selesa hidung menghidu.Sepanjang mase menunggu makanan tiba,bau tu menusuk hidung....
"EUU,,this place sucks!smells nasty!"



Bile akak waitress datang bawak air,aku mengadu.

"kak,akak tak bau busuk ke around2 sini.Saya dah rase nak muntah dah ni.Akak boleh tolong buat ape2 tak,kasi hilang ini bau."
"dik,takley wat ape dah.adik da pilih tempat ni dah.Maaf la ye."
(+_+)Dem it.

Alhamdulillah,bile main course sampai,bau tu hilang.(agaknya sebab lapar,then tak pikir dah bau2 tu..=p).Bile sampai satu pesanan Hanisah,she got the wrong meal,which wasn't the one she ordered. So,panggil akak waitress yang ambik order kitorang tadi.
The argue begin..

H : akak,saye tak tempah yang ni.saya mintak bende lain tadi."
X : betol lah adik mintak yang ni tadi.tengok resit.
H : tadi yang saye maksudkan lain.saye tak sebut pon spaghetti.
.......................

The argue went on and on.The waiter didn't want to admit her fault that she mistakenly ordered something that we didn't want.Eventually kitorang tak dapat tukar or return.

I begin to wonder, is "The customer/money is always right"'s phrase still a buzzword in the business industry??.We pay for it.We deserved something that satisfied our needs.Workers with bad manners,smells-like-shit floor ; oh gush..this place is awful.
Nope!I don't want to eat in this restaurant anymore!(nasi goreng pataya kat UPM foodcourt lagi sedap la wey)

End of our outing.

Tuesday, November 10, 2009

Rezeki...

Setibanya waktu petang setiap selasa,aku akan menemani ibu ke pasar malam. Hajat ke pasar malam untuk membeli bekalan bahan-bahan mentah untuk masakan harian seperti ayam, ikan, sayuran, etc sambil-sambil mencuci mata melihat tudung-tudung dan baju-baju bermacam-macam fesyen. Singgah ke gerai-gerai yang ibu fikirkan perlu dibeli,terlintas di fikiran, mesti ibu sudah fasih dengan setiap gerai-gerai ini.

Menjadi kebiasaan juga untuk aku mengangkat barang-barang belian ibu.Tidakkan ku benarkan satu dipegang ibu,kecuali ibu bertegas untuk membawa.Selagi aku mampu,aku rangkul segala beg-beg plastik yang ada dengan kudrat seorang anak perempuan. Cukuplah ibu bersusah payah demi anak-anak.Walau ini saja yang mampu aku bantu, seboleh-bolehnya aku tidak mahu sebarang beban dan penat ditanggung ibu.

Sambil bergurauan bersama ibu,aku melihat sekeliling.Berjalan sambil-sambil mata mengimbas kelibat orang-orang yang berkunjung ke pasar malam.Berbagai ragam. Mataku tertumpu kepada satu.Pn Fazilah,bekas pensyarahku semasa di asasi.Terdetik di hati mahu menegur.Namun,padangannya menghala ke arah yang bertentangan.Aku serba salah. Tanganku pula sarat dengan beg-beg plastik.Ibu pula jauh berjalan ke hadapan. Maaf puan,bukan rezeki kita untuk bertegur sapa.Berjalan untuk beberapa langkah,mataku tertumpu kepada seorang wanita berbaju kurung,ustazah.Ustazah ini pernah mengajar aku semasa di sekolah agama dahulu.Puas aku memikirkan namanya.Terlintas sekali lagi untuk menegur.Namun,niatku terbantut.Mana mungkin dia mampu mengingatiku.Lagi pun, dia pernah mengajar sekali sahaja,kerana mengganti guru yang tiada.Sekali lagi niat itu terbatal.Berjalan untuk beberapa ketika lagi, aku sedari seorang lelaki yang sedang membetul-betulkan meja gerainya sambil membentang alas meja.Ustaz.Aku terpaku seketika walaupun kakiku masih gagah mengatur langkah.ustaz tak mengajar lagi ke? Berniaga sekarang?Jual apa ye?Timbul persoalan ini di benak fikiranku.Sekali lagi aku gagal mengingati namanya.YaAllah.Teruknya aku.Nama pendidik aku pun boleh lupa.

Terimbas pula kepada ayat yang pernah dilempar oleh ayah seketika dahulu, "Gagal mengingat nama guru sama seperti gagal menjadi pelajar cemerlang".Ya.Itulah kata ayah.Memang menusuk kalbu.Tidak dinafikan,ada beberapa guru yang aku tidak ingat namanya,namun aku tahu dia pernah mengajarku.Maaf,capasiti memoriku nampaknya tidak berapa besar dan berfungsi dengan baik.Begitulah setiap kali aku bertemu dengan pendidikku.Adakalanya bertegur,adanya tidak.Malunya dengan perlakuan itu. Tidak seperti ayahku,ayah seorang yang sangat menghargai guru-gurunya.Pelbagai usaha dilakukan oleh ayah sebagai tanda jutaan terima kasih buat semua pendidiknya.Aku kagum dengan ayah.

Sekembalinya fikiranku ke bingitan pasar malam ini,aku memerhati setiap gerai-gerai yang ada.Satu gerai mengalih pandanganku,lantas terdetik.Seorang pakcik dalam lingkungan 50-an,kelihat sedang menyusun barangan niaganya.Dia mejual cermin mata,berbagai jenis : cermin mata hitam pelbagai stail, cermin mata untuk rabun etc. Berapakah profit yang diperoleh pakcik ini untuk satu hari? Mampukah itu menanggung anak isteri? Menanggung isteri dan anak sahajakah?Mungkinkah pakcik ini juga ada menanggung sanak saudaranya?.Kala itu,aku memanjatkan setinggi kesyukuran,kerana hidupku sederhana.Alhamdulillah,ayah telah membesarkan aku dalam keadaan lengkap. Walau tidak bersuap sudu bertahktah berlian dan emas mahupun perak,namun aku membesar dengan penuh suapan kasih sayang ibu dan ayah.Ibu dan ayah sentiasa berada disamping aku ketika aku dibesarkan. Ayah bekerja keras mencari rezeki untuk kami anak beranak.

YaAllah,semoga engkau murahkan rezeki pakcik ini,agar dia boleh serta mampu menyara diri dan keluarganya.Agar dia mampu melihat anak-anaknya membesar dengan cemerlang.Amin Ya Rabbal'alamin.

Selalunya,di dalam hanyutan tubuh-tubuh di pasar malam ini,akan ada kelibat orang-orang yang kurang berkemampuan,meminta belas kasihan ; sedekah daripada yang lain.Namun, hari ini tiada kelibat mereka.Mungkin kerana hujan telah membataskan rezeki mereka.Tidak.Hujan itu hikmah. Pasti mereka bisa mendapat rezeki lebih daripada Allah.InsyaAllah.Amin.

Masa tidak mengizinkan.Kami harus segera bergerak ke kereta,untuk mengambil adikku dari sekolahnya.Semoga Allah merahmati semua peniaga-peniaga di sini dengan rezeki yang halal.Amin.

Saturday, November 7, 2009

Liku-Liku Kehidupan

Peace upon all..

What a great relieve, last paper will be on 6 November 2009,MGM2111. Setelah cramp 4 papers in one week (includes 2 papers in one day-_-”), gap antara 2nd last paper dgn last paper adelah seminggu.
Right after Statistic’s paper that Saturday, i headed home as soon as possible. Penat,letih,lega,gembira,..semua perasaan ada. Nak lupakan segala miserable yang dilalui mase menjawab exam selama 3 hari itu. Exam final kali ni, tak de satu paper pon yg rase confident tuk dapat A...aisshh,teruk nyer preparation aku.Well,tak guna jugek kalau da menyesal sekarang kan. Bende pun dah lepas. Perlu lah berusaha lebih 100 kali ganda untuk sem seterusnya.(wow,macam exaggerate je..>_<,insyaAllah mampu buat)

Sepanjang masa meniti ke final exam,ada je dugaan,godaan dan cabaran harus dilalui. Menguji keimanan dan kesabaran. Seminggu sebelum final,ade Lasbella,atau name panjangnya lawatan sambil belajar ke Genting Highland.Dianjurkan oleh kelas MGM2111 kumpulan 8, sebahagian daripada assignment.Nak arrange semua2 ni bukan mudah.kene telefon sini sana,mintak persetujuan orang2 tertentu.Mula2 dah elok2 plan naik bus sendiri ke sana,bus pulak mahal bebenor.So,kami memilih jalan alternatif, naik public transport. Bijak kan. Alhamdulillah,everything went smooth. Kenangan di atas puncak takkan dilupakan sampai bile2, bersama2 dengan S-Club7 yang sentiasa ceria.^_^
Sedang stress2 nak exam boleh lagi pergi naik rollercoaster and jerit2 macam orang gile. Hahaha.Itu lah,akibatnyer,mase exam kepale dah pusing2 macam roller coaster memikirkan jawapan.>_<..



Bersama2 dengan mereka2 ni lah,suka duka kongsi sama2.



antara yang menjayakan Lasbella MGM2111.(antara yg confirm assigment dapat A)


Balik dari Genting,masing2 baru sibuk mencari nota2 untuk exam.and dah mula untuk study.baru la cari balik mane yang di spot2 oleh lecturer.Kelam kelibut semua. Haish.Macam2 ragam.^_^

First paper,Prinsip Pemprosesan dan Pengawetan Makanan,followed by Biochemistry,Physical and Inorganic Chemistry,Statistics and last Principles of Management. Macam2 idea tuk blog keluar mase time2 study tu,sekarang ni entah hilang ke mana.

Tamat nyer riwayat semester 2 kami pada 6 November 09,paper MGM2111.Pagi tu lagi sorang2 dah senyum2.Tak sabar menanti tamatnya jam 5,tamat nyer final untuk sem ni.
Masing2 otak dah ade di tempat lain (agak payah nak fokus mase nak jawab paper management tu,asyik fikir ape yang nk buat mase cuti..=p)

Right after last paper,i headed to college. Kemas kan ape2 yang patut.Load barang dalam kereta sikit2.Nak sumbat semua of course la tak muat.Kelisa je kowt. Kesian keretaku,diisi penuh dengan barang2.Maaf yar~. Balik tu,agak lapar.Singgah Mcd. Dah janji nak jumpe kawan kat Mcd.Makan2 + borak2 tak sedar mase dah berlalu (kenapa mase berlalu dengan pantas??). Harus pulang.

Setibanya dirumah,semua orang ade.Hari ni fullhouse.(Kecuali kak intan). Riuh rendah banglo dua tingkat ni. InsyaAllah,pertengahan bulan ni, bertambah lagi seorang warga Azimat.Kaklong bakal melahirkan anak ketiganya.Semoga selamat dilahirkan seadanya.Amin.Bertambah lagi riuh2 anak2 cucu2 mok ayoh.^_^.



Kenduri Abg Muzani.Everyone is present.

Well,sekarang ni tengah heavenly cuti.Selama 7 minggu.(lupe tarikh masuk balik bile,i estimated the holidays will be about 7 weeks).Nak maanfaat kan cuti ni.
How?itu yang harus difikirkan.antaranya:
-tolong mok.
-tutoring SPM for cb
-hantar and ambil adik2 sekolah
-habiskan buku Al-Quran Saintifik
,,,,etc..yang bakal ditambah kemudian.

Semoga hari2 yang ditempuhi, penuh bermakna.^_^.insyaAllah.