CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, November 12, 2009

Kenangan dan Pengalaman...PLKN

Sedang aku membuat senaman pagi hari ini,tiba-tiba fikiranku kembali mengimbau aktiviti-aktiviti aku di PLKN.Setiap hari yang aku alami disana seperti baru berlaku semalam,masih segar diingatan.Aku rindukan setiap saat indah disana.

Seperti sedia maklum,kerajaan telah melaksanakan satu program khas bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang terpilih,bagi mengikuti Program Latihan Khidmat Negara. Ia merupakan program wajib bagi mereka yang telah terpilih,namun dikecuali kepada sesiapa yang mempunyai sebab yang munasabah.Idea pelaksanaan program ini adalah bagi menyediakan diri golongan muda dalam menghadapai cabaran serta ancaman dari dalam dan luar negara.(info selanjutnya di http://www.parlimen.gov.my/transfer/Ringkasankhidmatnegara.pdf)

Untuk pertama kalinya aku mendengar idea pelaksanaan ini, aku terbayang 'military services' yang dilaksanakan oleh kerajaan korea buat semua remaja lelaki di sana. 'Military service'???Wow.Semestinya memenatkan.Lantas aku berdoa,agar aku bukanlah diantara yang malang itu.

Ketika itu,aku sedang sibuk menyiapkan diri secara mental mahupun fizikal kerana aku bakal bertempur di medan SPM. Sedang dalam kesibukan menelaah dan mengaji, pelajar-pelajar berusia 17 tahun diseluruh Malaysia digemparkan dengan senarai nama-nama yang terpilih bagi mengikuti PLKN ini.Jantungku berdengup laju.Sesuatu yang tidak kena.Sesuatu yang tidak baik.

Ya.Benarlah.Gerak hati aku tidak lagi menafikan bahawa aku adalah salah seorang yang malang itu.Aduh.Terkesima sebentar.Aku cuba untuk tidak memikirkannya,cuba untuk bertenang.Berpuluh ucapan tahniah diajuk oleh rakan-rakan.Aku masih bersabar.

Hari itu tiba.Hari pertama untuk tahun itu.Ribuan remaja berkumpul di Stesen Perhentian Kajang.Ramainya orang,bisik hatiku.Walaupun ekspresi mukaku agak tenang namun gundah di hati hanya Allah yang tahu.Sempat juga aku bertemu dengan sahabat baikku yang juga mengikuti program ini.



Setelah bersalaman dengan ibu,ayah serta keluarga yang turut sama menghantar,aku menetapkan niat dan 'mind setting'.Bas mula menuju ke Batu Jong,Kelantan. Satu perjuangan bermula.











Pangkat: Sarjan (Ketua Kompeni Delta Wirawati)



Ternyata aku silap.Kini,aku memanjatkan setinggi rasa syukur kerana akulah yang 'malang' itu,bertuah memilik segala kenangan dan pengalaman yang tidak dapat ditimba di tempat lain ; tidak dapat dijual beli walau berjuta wang ringgit dilaburkan.

2 bulan 11 hari aku disana.Suka duka bersama sahabat baru dari pelbagai latar. Berbagai-bagai ilmu baru pelajari disana.Pengalaman ditimba.Setiap kenangan tersemat dihati.Semoga sahabat-sahabat yang lain juga menggenggam semangat dan menyemat setiap kenangan kita bersama-sama.

YO KEMAH!DELTA!

0 comments: