CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, February 12, 2010

Mengapa aku??

Selesai sudah satu cerita kartun ditonton dilaptopku,fikiranku melayang seketika. Jauh membentangkan kepaknya ke arah timur.Lalu berhenti disebuah negara,India.Kelu. Mengapa India juga yang menjadi pilihan.Celaru aku memikirkan jawapan. Lalu,fikiranku tertumpu pada satu.Manipal.Ada apa dengan tempat itu.Hati rupanya teringat akan seseorang,dimana dia pastinya tidak akan mungkin mengingatiku.Sejenak aku terfikir. Apa khabar beliau disana?Tidak salah untuk bertanya khabar kan?Semestinya dia sihat seadanya bersama-sama yang tersayang.Namun,hatiku masih keras untuk melupakan sejarah itu.Tergerak hatiku seketika untuk membuka Facebooknya.Aku bukanlah salah satu daripada rakan networknya,namun eksesku senang melayari web itu.Satu persatu gambar aku susulkan.Haruskah aku meneruskannya,desis hati.Namun jari jemari masih lancar menggerakkan tetikus.Jelas kelihatan diraut wajahnya,kebahagian terukir.Senyuman yang sudah lama tidak kelihatan.Namun tidak pula aku rindui walau sedikit.Harapanku agar aku lansung tidak akan mengingatinya sampailah akhir hayatku.Kenapa begitu susah lafaz kemaafan ini diberikan? Aku tahu kemaafan itu adalah satu yang mulia disisi Islam. Sedangkan Nabi memaafkan umatnya, apatah lagi aku insan yang hina ini.Kelu lidahku.Mampukah aku?Mungkin,suatu hari, apabila masanya tiba,barangkali.
Benarlah ungkapan orang, sejarah mengajar diri kita untuk lebih berhati-hati.Cukuplah dengan perit aku rasai.Aku tidak lagi mahu mengingatinya.Setiap solatku akan diiringi dengan doa agar aku mampu memaafkannya,sekaligus melupai kisah lama.Sesaat fikiranku terlintas,mengapakah aku ditakdirkan mengenalinya?untuk aku mengenal erti kasih sebenar,Allah mengaturkan satu perjalanan buatku.Hikmah dan agungnya Qadar dan Qada' Ya Ilahi,sungguh aku merendah diri seorang hamba yang hina dan kerdil.Kita yang merancang, Allah yang menentukan.Setiap solatku jua,aku memanjatkan setinggi kesyukuran kerana aku ditakdirkan mengenali dia.Kerana dia,aku lebih mengenali Dia.Ketentuan Dia adalah yang terbaik.
Untuk segala cerita desas desus mengelilingi telingaku mengenai dia disana,aku mengharapkan ianya cerita palsu.Namun,akan kuterima sebagai kenyataan hari demi hari.Tidak kusangka akhirnya ini kelakuan disebalik dia yang aku kenali.Sepertinya, dia telah berubah menjadi manusia lain,yang bukan lagi kenalan aku.Sudahlah,mengenang yang lepas tidak memberi apa-apa faedah jua.
Alhamdulillah,kini aku terus melangkah,dengan harapan dan doa beralaskan kesyukuran atas keagungan Tuhan.YaAllah,tabahkanlah hatiku ini.Semoga hari-hariku dipermudahkan dengan segala keberkatanMu.InsyaAllah.

5 comments:

nadia yaacob said...

aku kenal..hahaha

Ally M said...

hihi.tah ape mimpi tah tetibe aku post crite ni..gile la aku ni.hahaha

Niza Dekja said...

him? still?
it's like too hard for u to erase the shit. haish! let it be..

Ally M said...

haha.naa~i'm over it actually..malam tu je tetibe~emo la pulak kan.

Ally M said...

haha.naa~i'm over it actually..malam tu je tetibe~emo la pulak kan.