CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, August 7, 2010

Warkah buat Bonda (5)

Hampir 7 minggu berlalu sejak Bonda pergi.Cepatnya masa berlalu.Pantasnya hari-hari pudar tanpa bonda.Pejam celik pejam celik.Namun masihku terasa kelibatannya yang hilang itu.Oh Bonda,rindu sungguh padamu.Bilakah kita akan ketemu lagi?Setiap tidurku menanti agar bonda masuk ke mimpiku.Setiap malamku menanti agarku dapat memeluk menciummu di dalam mimpiku.Setiap lena aku menanti agar dapat bertemu bonda memohon berjuta-juta kemaafan denganmu.AlFatihah buat bonda yang amatku sayangi.


30 September 2005
Assalamualaikum wbt

Terlebih dahulu,sepuluh jariku susun dan kupohon jutaan kemaafan buat ayahbonda tercinta dan tersayang.Pada saat ini,terlalu banyak kesalahan anakmu ini sehingga tidak terkira bilangannya. Terasa dosanya aku dan sesungguhnya bukanlah niatku jua untuk menyakitimu. Maafkanku bonda,maafkanku ayahanda.


Ayahanda,

Disaatku dilahirkan,laungan iqamat berkumandang merdu di telinga kiriku oleh lunak suaramu. Dari saatku mula membuka kedua kelopak mataku,melihat dunia ciptaan Ilahi,meniti hari demi hari,aku membesar.Saat terus berlalu membuai arus,kuturuti rentak kehidupan.Mula-mula diajar dengan kalimah-kalimah agung lagi suci Allah, Bismillahirahmanirahim dan seterusnya.Seterusnya, anggotaku kian keras memijak bumi,merangkak,berjalan,dan akhirnya sempurna lari dan jalan hidupku.Dikau memimpinku,setiap kaliku kecundang.Dikau melindungi sepanjang kecilku hingga kini.Betapa besar dan agungnya jasamu.Sebagai seorang ketua keluarga,memikul tanggungjawab suami soleh serta ayah mithali.Penat dan lelahmu mencari nafkah buat kami sekeluarga,membanting tulang siang dan malam.Keranamu ayah,kami disini.Keranamu ayah,aku disini.Membesar dan mengenali dunia fana' penuh pancaroba. YaAllah,aku menadah kedua tapak tanganku yang kerdil melafazkan setinggi kesyukuran buatMu kerana dikurniakan seorang ayah yang begitu sempurna.Semasa kecilku,aku degil dan nakal.Segala nasihat dan teguran bagaikan mencurahkan air ke daun keladi.Namun pun begitu,sering berlegar-legar di benak fikiranku,kenapa diriku dimarahi tanpa aku memikirkan kerasionalannya.Naifnya aku kerana tidak tahu berfikir baik dan buruknya.Ketika inilah logika dan kefahamannya terjawab.Ayah,maafkanku.Kerana kejahilanku, ampunkan lah diriku untuk segala ketidak matangan diriku ini.Untuk segala jua yang menghiris hatimu.Bukan niatku untuk menyakiti hatimu.Dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki,daku memohon segala keampunanmu.Anakmu sentiasa memerlukan tunjuk ajarmu.Sesungguhnya,yang buruk itu datangnya dariku dan yang baik uitu semestinya dari Allah taala.Anakmu berjanji,setiap solatnya akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu dan sentiasa berada dibawah payung keberkatan Allah.
Tika kali mataku bersua dengan mata ayah,tergambar beribu kelesuan dan keletihan.Namun,riakmu masih segar bugar tanpa kenal erti lelah.Kasihmu tercurah tanpa henti walau sezarah.Tanpa jemu,ayah masih gagah mengukir senyuman dikala awan mendung menyapa.Ayahanda,dikaulah penggerak seisi warga sebumbung.Terima kasih ayah.Jasamu tidak ternilai dengan sebarang wang kertas.Tidak terbeli mahupun ada di pasaran.Jasamu kuhargai sepenuhnya.Dan sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalasnya.


Kasih seorang bapa yang tegar lagi bersinar.Namun tidak juga lengkap tanpa pasangannya.Bonda,dikaulah satu-satunya ratu hatiku.


Bonda,

Sembilan bulan,kudibawa mengikutimu tanpa pisahan.Kemana jua bonda melangkah walau ke kutub utara mahupun puncak Everest,anakmu sentiasa di dalam perutmu.Selama 9 bulan kita bersama.Seksanya dirimu menanggung selama itu,dengan deria yang lara,cabaran dan dugaan mendatang,namun diriku dalam dirimu dijaga dan dipelihara.Lalu pada tanggal April 1989, empat hari selepas hari lahirmu yang ke 34, daku dikenalkan kepada dunia.


Dunia,tidaklah seburuk mana,tidak juga seindah kata.Dunia,hanyalah tempat persinggahan.Satu hari,akan juga aku kembali kepadaMu.


Sepanjang dihidupku ini,aku dijaga seperti menatang minyak yang penuh.Dijaga sehingga seekor nyamuk tidak dibenarkan menggigitku.Bonda,ucapan jutaan terima kasihku daku hulurkan padamu kerana melahirkan daku.Dikaulah insan pertama aku kenali.Mengajar dan mendidikku adalah tugasmu yang dikau ikhtiarkan penuh keikhlasan.Dari kecil hingga kini,menabur ilmu kepadaku erti kasih,sayang dan cinta kepadaNya yang satu.Bonda,pahit manis kehidupan telah kau rasai,namun dirimu tidak pernah mengenal makna jemu.Dikau hadiahkan daku sebuah kebahagian sepanjang aku bersamamu,sehingga dikau lontarkan semua derita.Jauh di sudut hatimu,kuntum senyuman manismu tidak lekang dibibirmu.Bonda,kupohon restu kasihmu agar hidupku diberkati ya Ilahi,kerana diriku tahu,dan terang-terangan telah termaktub di dalam kitab suci Al-Quran sesungguhnya Syurga itu terletak di bawah tapak kakimu.Jelas, betapa tingginya darjatmu sehingga diletakkan semulia itu disisi Allah.Bonda,maafkan anakmu ini.Ciumanmu dipipiku menggoncangkan fuadku.Harum wangian salammu inspirasi diriku untuk berjaya kelak.


Bonda,tabahnya hatimu mengharungi kehidupan dunia ini,setabah hati Fatimah Azahrah. YaAllah,Engkau tabahkan hatiku sebagaimana Engkau tabahkan hati ibuku.Engkau kasihanilah ibu,sebagaimana ibu mengasihiku sejak aku kecil ya Rabbi.Bonda,dikaulah juga penawar hidupku apabila aku kecundang.Dikaulah permata bersinarku.Hanya dikau yang satu ratu buatku tanpa ada bandingannya dengan wanita-wanita lain.Dikaulah segalanya buatku,membuatkan cintaku padamu sentiasa kukuh dan tegar dihatiku kerana tiada cinta lain sesuci cinta seorang ibu kepada anaknya.Melalu warkah kerdilku ini,inginku titipkan kemaafan buatku,kerana sering menyakiti hatimu tanpa kusedari.Maafkan anakmu ini,kerana lidah ini sering tergigit.Mintaku berlebihan rajukku berpanjangan.Namun hakikatnya,sekali hatimu terguris,sejuta kali hati ini terhimpit.Aku lalai.Aku alpa.Lemahnya aku kerana tidak dapat menggembirakanmu.Ibadah sesenang itu namun aku abaikan.YaAllah,ampunkan dosaku.Bonda,maafkanku.Maafkan ku.Ampunkan aku bonda.
Bonda tidak pernah jemu dalam mendidik kesemua anak-anakmu.Seperti Ayahanda juga,dirimu masih kudrat mengukir kemanisan senyuman dibibir.Dirimu yang sentiasa menjaga makan minum pakai kami anak-anakmu,tidak pernah sekalipun bonda abaikan.Perpisahan kita walau sehari bagiku seakan-akan setahun lamanya.Sehari tanpa melihat wajah tabahmu itu,daku bagaikan kehilangan arah tujuan.Dorongan nasihatmu itu membawa dan menyokongku untuk terus bangun walau telah beberapa kali aku jatuh kecundang. Terima kasih bonda.Buat semuanya yang telah dikau curahkan.Janjiku,akan daku sentiasa mendoakan dirimu dan ayahanda,agar selalu diberkati Allah,dipanjangkan umur dengan penuh kebaikan dan dimurahkan rezeki.InsyaAllah,selagi hayat dikandung badan,akanku balas segala jasa AyahBonda yang tercinta semampu mungkin,dan menyayangimu sehingga akhir hayatku.


warkah ini dikarang semasa saya dibangku sekolah (seseri).Bonda telah menjadi dorongan utama,ayahanda pula pembimbing setia untuk saya sepanjang berada disana.Terima kasih untuk segalanya.Alya amat sayang pada Ayahbonda.

"Mak,walau hampir dua bulan mak pulang ke sisi Ilahi,namun terasa baru semalam bersalaman dengan mak meminta izin keluar rumah untuk ambil adik.Seperti baru semalam kita bergelak ketawa,seperti baru semalam kita ke bank,seperti baru semalam kita ke pasar,seperti baru semalam saya melihat wajah mak.Rindunya pada mak.Rindunya masakan mak.Rindunya suara mak.Rindunya pelukan mak.Rindunya pada ciuman mak.Adik lagi tabah dari saya mak,sedangkan saya sudah berlinangan air mata bila orang bertanya pasal mak. Menyesalnya saya,pada hari-hari mak masih ada,saya jarang tolong mak.Berdosanya saya. Maafkan saya mak.Maafkan alya mak.Alya bukan anak yang baik.Mak,saya sayang mak sangat-sangat,lebih dari saya sayang diri saya.Mak,berjanjilah untuk kita bertemu lagi ye,walau di alam lain.Saya pasti akan mencari mak.Saya akan sentiasa mendoakan untuk mak.Sayang mak."