CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, February 20, 2010

what LOVE means to me

Assalamualaikum...wbt.

I've been wondering this one word.The definition and its practices.Hahah.Yeah,it sounds funny when i talked about this thing.Omigush,I don't really do this kind of thing. [not into that luvie-duvie-couple thinging ok.(>_<)].But,I do believe in LOVE, which given and gifted by The Lord, Allah. He give me a priceless and precious gift ; FAMILY!(Thank you Allah,for EVERYTHING.)

Starting from my GREATEST and BEST PARENTS...LOVE them so much.They are all everything to me.




[look how sweet they are]

Starting from the eldests..,the strong and resilient..


together with the energetic-comely kids





the 2nds..wise and ease..with their delightful toddlers.



3rds...Supportive and bright..



4ths...fondness and reliable..



6th...responsible and expedient(scientific brainwave)



7th...sagacious and thoughtful...



Last but not least....pampered and adorable.


....which..everyone needs each other together with endless loves and supports.Family is a group of people united not only by blood, but also by LOVE.The love of a family is life's greatest blessing by Allah The Almighty.Thank you Allah for the LOVE that brought us together.Lets us all strengthen worshiping the Most Powerful and Most Merciful,Allah subhanahu Wa ta'ala.InsyaAllah.



Always love your loved ones & show them how you feel before it's too late..You will never know when they will be gone from your embrace..If you were given a time to bestow petals of everlasting compassion & love to your love ones, today is the day.

Thursday, February 18, 2010

Words of gratitude

Assalamualaikum..w.b.t

Walaupun dalam minggu cuti sem, namun kerje2 yang aku ada..tetap macam tak cuti.(ni lah akibat menangguh lab report~darn tak nak buat camni dah).Sedang cube sedaya upaya menyiapkan lab report bersama2 dengan rakan seperjuangan Hanisah..sehinggakan mengeksploitasi wall2 di Facebook dan mengguna sehabis baik YM untuk berbincang,walau pun agak susa sebab kene type je memanjang.,namun kecekalan masih dalam genggaman.hahaha..^_^
hm,terfikir sekejap,agaknye next sem ke mana kite semua ye?? Quality control? Functional food? Engineering? (ehem,aku taknak sebut B**tech-so not my option,=p)



Well,whatever ur choices,we will always be the so called S Club 7.^_^









Just so u know guys, you are the best!We have been through lots of hard time together, yet we are still standing. Let us fight this 4years sandwich course and strive for excellence!!InsyaAllah.Ameen.

Friday, February 12, 2010

Mengapa aku??

Selesai sudah satu cerita kartun ditonton dilaptopku,fikiranku melayang seketika. Jauh membentangkan kepaknya ke arah timur.Lalu berhenti disebuah negara,India.Kelu. Mengapa India juga yang menjadi pilihan.Celaru aku memikirkan jawapan. Lalu,fikiranku tertumpu pada satu.Manipal.Ada apa dengan tempat itu.Hati rupanya teringat akan seseorang,dimana dia pastinya tidak akan mungkin mengingatiku.Sejenak aku terfikir. Apa khabar beliau disana?Tidak salah untuk bertanya khabar kan?Semestinya dia sihat seadanya bersama-sama yang tersayang.Namun,hatiku masih keras untuk melupakan sejarah itu.Tergerak hatiku seketika untuk membuka Facebooknya.Aku bukanlah salah satu daripada rakan networknya,namun eksesku senang melayari web itu.Satu persatu gambar aku susulkan.Haruskah aku meneruskannya,desis hati.Namun jari jemari masih lancar menggerakkan tetikus.Jelas kelihatan diraut wajahnya,kebahagian terukir.Senyuman yang sudah lama tidak kelihatan.Namun tidak pula aku rindui walau sedikit.Harapanku agar aku lansung tidak akan mengingatinya sampailah akhir hayatku.Kenapa begitu susah lafaz kemaafan ini diberikan? Aku tahu kemaafan itu adalah satu yang mulia disisi Islam. Sedangkan Nabi memaafkan umatnya, apatah lagi aku insan yang hina ini.Kelu lidahku.Mampukah aku?Mungkin,suatu hari, apabila masanya tiba,barangkali.
Benarlah ungkapan orang, sejarah mengajar diri kita untuk lebih berhati-hati.Cukuplah dengan perit aku rasai.Aku tidak lagi mahu mengingatinya.Setiap solatku akan diiringi dengan doa agar aku mampu memaafkannya,sekaligus melupai kisah lama.Sesaat fikiranku terlintas,mengapakah aku ditakdirkan mengenalinya?untuk aku mengenal erti kasih sebenar,Allah mengaturkan satu perjalanan buatku.Hikmah dan agungnya Qadar dan Qada' Ya Ilahi,sungguh aku merendah diri seorang hamba yang hina dan kerdil.Kita yang merancang, Allah yang menentukan.Setiap solatku jua,aku memanjatkan setinggi kesyukuran kerana aku ditakdirkan mengenali dia.Kerana dia,aku lebih mengenali Dia.Ketentuan Dia adalah yang terbaik.
Untuk segala cerita desas desus mengelilingi telingaku mengenai dia disana,aku mengharapkan ianya cerita palsu.Namun,akan kuterima sebagai kenyataan hari demi hari.Tidak kusangka akhirnya ini kelakuan disebalik dia yang aku kenali.Sepertinya, dia telah berubah menjadi manusia lain,yang bukan lagi kenalan aku.Sudahlah,mengenang yang lepas tidak memberi apa-apa faedah jua.
Alhamdulillah,kini aku terus melangkah,dengan harapan dan doa beralaskan kesyukuran atas keagungan Tuhan.YaAllah,tabahkanlah hatiku ini.Semoga hari-hariku dipermudahkan dengan segala keberkatanMu.InsyaAllah.

Sunday, February 7, 2010

Do~re~mi

Assalamualaikum.wbt.

Wawawaw~~dah lame tak membuka minda mencoret isi-isi kehidupan. Masuk sem baru ni (sem 3), kesibukan bertambah. 6 subjek fakulti, satu kelas bahasa. Yang 6 itu, memang sangatlah susah untuk memahami satu2nya.setiap satu subjek macam2 kerenah. Memang memerlukan banyak kesabaran sem ni. Harapan semoga bertambah fokus dalam kelas, di-ajinamoto-kan dengan menyertai koku memanah.yesshh!!!sangat seronok!walau terpaksa berjemur ditengah padang selama 3 jam.(muke pon dah berbelang.,cume sometimes kurang mengerti kenape instructor suro lari 2pusingan balapan-800m,setiap kali nak mule praktis memanah.ape kaitan dengan berdiri memegang bow di tengah padang itu.+_+"). First test baru saje berlalu. macam2 kerenah jugek soalan2 nye. ade open-book test la. (yang itu sangat bersyukur,sebab subjek itu sangat susah,tapi even dengan open-book pon,soalan2nye tetap susah.

Roomates di kolej adelah dikalangan orang yang sentiasa mempunyai extra mase untuk study.Manakala,aku??extra mase2 aku selalu aje dipenuhkan dengan....~wait,i dont even have extra time~sighh..memang takde life lansung!(even TDA fac sendiri pon cakap macam tu),sob3.sadis sungguh~bannyak aje lab reportssssssss!!!assigments!!! presentations!!!!!!huh. mase2 macam ni, sgt terasa ketidakadilannya. Tapi nak buat macam mane,aku jugek yang memilih jalan ini.~So,face it! No matter how hard it is, Allah will always be at my side.

Macam2 yang berlaku dan berlalu,semua pon memberi impak+pengajaran dalam kamus hidup alya.>_

Ayoh's boys.


lab pemprosesan di FoodPlant.

soft toys yang cumel!



Benarkah?Hahaha.Life is a movie.,yet definitely not a korean-movie-story-line.^_^v. Why i said so? There are no such thing as happy ending.Or,perhaps love story as sweet as what they had in korean dramas.>_<".What has got into my mind!??!!.Why am i talking about this??!!haha.I am not in the state of broken heart k.haha.Just that i'm in the mood of enjoying love songs from korean dramas,(doremifasolatido). Try to figure what was i trying to emphasize.
xoxo.